HAL PENDIDIKAN

FAIL PPB INDIVIDU

Sebenarnya tengah menyediakan slide untuk taklimat dengan guru-guru VOTEK dan Sains di Sekolah saya untuk Fail PPB dan Sistem Pemarkahan Bersepadu yang rakan-rakan guru dok pening sekarang ni. Tapi malam ni sempat siapkan untuk isi kandungan Fail PPB je. Sisten Pemarkahan Bersepadu saya kongsikan di entri yang lain bila dah siap nanti.



Sebelum ni dah isi Fail PPB ni mengikut skop yang telah dibekalkan oleh Kementeria, empat hari saya isi masa nak isi fail ni. Tapi bila bincangan dengan Pengetua, Pengetua minta ubah seperti mana yang dia kehendak. Kita ikut jelah....sebab Pengetua yang bagi markah penilaian nanti. So..apa yang saya nak kongsikan di sini tak semestinya sama untuk sekolah rakan-rakan guru yang lain. Tapi saya harap ia sedikit membantu rakan-rakan guru. Baca seterusnya....


Definisi Kajian Tindakan

Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri
yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal / guru /
pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) yang bertujuan
untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping
meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang, melaksana,
memerhati dan mereflek. 
Baca selanjutnya...



KAJIAN TINDAKAN KARANGAN BAHASA MELAYU



            Adakah cikgu mengalami masalah untuk mengajar murid kelas hujung untuk menulis karangan terutamanya murid tingkatan 1. Tahukah cikgu kenapa mereka ini tidak dapat menjawab soalan karangan? Pernahkah cikgu terfikir apa punca masalah sebenar.
            Di sini saya ingin kongsikan sedikit idea untuk membantu murid-murid di kelas hujung ini. Daripada temubual saya bersama beberapa orang murid di dapati mereka tidak tahu menjawab soalan jenis karangan kerana mereka tidak dapat mengambarkan apa kehendak soalan. Nah….bagaimana mungkin mereka ini hendak mengarang sedangkan mengambarkan kehendak soalan pun mereka tidak tahu.
            Pada pendapat saya, biarlah sedikit mereka belajar tetapi mereka dapat. Ya sudah tentu format karangan hendaklah diajar terlebih dahulu.

Contoh : Karangan Isu Alam Sekitar
Langkah 1 :     Guru memaparkan slide gambar-gambar tentang alam sekitar seperti
-          Hutan simpan
-          Pembalakan haram
-          Penanaman semula pokok
-          Pembakaran terbuka
-          (lain-lain berkenaan alam sekitar)
Note : Saya lebih suka menggunakan LCD projector untuk menarik minat murid. Sekiranya terdapat video lagi baik.

Langkah 2 :     Bagi setiap gambar, minta murid buat ayat ringkas apa yang mereka Nampak secara individu dan kumpulan.

Langkah 3 :     Minta murid sambung setiap ayat yang telah mereka bina menjadi sebuah perenggan untuk setiap gambar.

Langkah 4 :     Minta setiap kumpulan mengemukakan hasil dapatan mereka.

            Setelah murid ini mahir mengambarkan isu alam sekitar, guru tukar strategi mengantikan gambar kepada peta pemikiran. Minta murid buat ayat ringkas. Gabungkan ayat-ayat ringkas menjadi perenggan.
           
            Akhirnya barulah murid didedahkan dengan format soalan sebenar. Cikgu hurus ingat, kajian tindakan memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil yang kita kehendak.

            Sedikit idea daripada cikgu fizik untuk rakan-rakan yang mengajar Bahasa Melayu.

Aktiviti 1 :

Klik untuk baca seterusnya....




Komuniti Pembelajaran Profesional


Atau lebih dikenali sebagai PLC dikalangan pendidik. Sudah hampir 3 tahun program ini dijalankan tetapi masih ada dikalangan para pendidik tidak didedahkan sepenuhnya dengan program ini. Ini kerana masing-masing mempunyai sukatan yang hendak dikejar sebelum menjelang peperiksaan awam.

Sekian lama juga mencari buku yang sesuai untuk rujukan. Sebenarnya buku panduan ini terdapat dalam simpanan setiap sekolah di Malaysia. Yang menjadi tanda tanya ??? dimana dan dengan siapa buku ini disimpan?

Tidak mengapa, di sini saya kongsi buku yang terdapat dalam simpanan saya untuk rujukan rakan-rakan pendidik. Klik untuk Buku Panduan PLC

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...